Permainan perlumbaan ini mengajar saya tentang betapa pentingnya bekerjasama sesama ahli-ahli kumpulan saya. Misalnya, ketika menyelesaikan salah satu daripada misi/tea-teki tambahan, kami dikehendaki untuk mengambil gambar kumpulan di setiap pagar masuk Stadium Tertutup Singapura. Kami seharusnya mengambil gambar secepat mungkin supaya kami sempat ke stesen seterusnya dan pada masa yang sama, kami boleh meraih 10 markah tambahan. Kesemua ahli kumpulan harus bekerjasama dengan berlari secepat mungkin ke setiap pagar untuk menyelesaikannya. Jika salah satu ahli kumpulan tidak berlari, seluruh kumpulan akan terjejas.
Tetapi, terdapat suatu hal yang membuat saya tidak selesa. Pencampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu kumpulan. Ia tidak diperlukan pada pendapat saya, pelajar perempuan berkumpulan bersama pelajar perempuan, dan pelajar lelaki juga sebegitu. Mereka boleh dipisahkan. Saya juga agak malu jika pelajar perempuan berlari dan aurat mereka boleh dilihat para lelaki. Tetapi, jika berprasangka baik, mungkin mentor-mentor AAM mahukan kami bercampur dengan batas...
Keseluruhannya, program ini agak menarik. Namun saya beriri hati dengan pelajar menengah 4 & 5 tahun lepas kerana mereka diberi peluang untuk pergi kesatu-satunya kampung yang masih ada di Singapura, tetapi itu rezeki mereka. Saya amat berterima kasih dengan para mentor yang sanggup meluangkan masa membuat program ini untuk kami semua.
No comments:
Post a Comment