Permainan perlumbaan ini mengajar saya tentang betapa pentingnya bekerjasama sesama ahli-ahli kumpulan saya. Misalnya, ketika menyelesaikan salah satu daripada misi/tea-teki tambahan, kami dikehendaki untuk mengambil gambar kumpulan di setiap pagar masuk Stadium Tertutup Singapura. Kami seharusnya mengambil gambar secepat mungkin supaya kami sempat ke stesen seterusnya dan pada masa yang sama, kami boleh meraih 10 markah tambahan. Kesemua ahli kumpulan harus bekerjasama dengan berlari secepat mungkin ke setiap pagar untuk menyelesaikannya. Jika salah satu ahli kumpulan tidak berlari, seluruh kumpulan akan terjejas.
Tetapi, terdapat suatu hal yang membuat saya tidak selesa. Pencampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu kumpulan. Ia tidak diperlukan pada pendapat saya, pelajar perempuan berkumpulan bersama pelajar perempuan, dan pelajar lelaki juga sebegitu. Mereka boleh dipisahkan. Saya juga agak malu jika pelajar perempuan berlari dan aurat mereka boleh dilihat para lelaki. Tetapi, jika berprasangka baik, mungkin mentor-mentor AAM mahukan kami bercampur dengan batas...
Keseluruhannya, program ini agak menarik. Namun saya beriri hati dengan pelajar menengah 4 & 5 tahun lepas kerana mereka diberi peluang untuk pergi kesatu-satunya kampung yang masih ada di Singapura, tetapi itu rezeki mereka. Saya amat berterima kasih dengan para mentor yang sanggup meluangkan masa membuat program ini untuk kami semua.
Sunday, 5 April 2015
Saturday, 4 April 2015
Aktiviti-Aktiviti Yang Dilakukan
Setelah tiba di destinasi kami, kami dikehendaki untuk menyelesaikan teka-teki yang kedua. Namun malangnya, fasilitator kami memberi kami teka-teki yang salah dengan secara tidak sengaja jadi, kami pergi ke stesen yang salah juga. Kami bernasib baik kerana pihak mentor yang bertanggungjawab atas permainan perlumbaan ini, memberi peluang kepada kumpulan kami untuk terus bersambung dengan permainan ini.
Permainan stesen pertama yang rasmi (sebenarnya, kami ke stesen yang kedua dahulu, disebabkan oleh pemberian klu yang salah. Jadi kami ke stesen yang kedua sebelum ke stesen pertama) , memerlukan kami untuk mencari klu-klu untuk bantu kami menyelesaikan permainan pencarian perkataan atau 'Word Search'. Tetapi, sebelum bermain permainan itu, terdapat sebuah teka-teki tambahan yang tidak diwajibkan kami untuk menyelesaikannya tetapi, jika kami menjawab teka-teki itu dengan betul, kami akan meraih 10 markah tambahan. Ahli-ahli kumpulan saya agak bijak dalam menyelesaikan teka-teki sebegini jadi, mereka dapat menyesaikannya. Balik kepada pencarian perkataan, ia agak susah pada pendapat saya. Kami harus mencari beberapa klu untuk pencarian perkataan itu dalam bentuk gambar atau perkataan, dan tempat yang disediakan untuk kami mencari agak luas. Selepas puas mencari klu dalam masa yang ditetapkan, kami juga dikehendaki untuk membuat 'Astrolobe' iaitu sebuah benda yang digunakan untuk mencari kiblat untuk solat, dan juga waktu solat pada zaman dahulu. Tetapi, memandangkan kumpulan kami dapat mecari empat daripada sepuluh perkataan yang perlu dicari ketika bermain pencarian perkataan, kami dikenakan enam minit penalti. Kami boleh meneruskan permainan selepas berakhirnya enam minit itu.
Stesen kedua yang ditetapkan untuk kami ialah stesen matematik. Seperti sebelum ini, terdapat teka-teki tambahan dan buat kali kedua ahli-ahli kumpulan saya dapat memberikan jawapan yang betul. Di stesen itu, pelajar-pelajar yang berjaya dalam matematik dipilih oleh fasilitator dan ahli kumpulan yang lain, untuk menyelesaikan soalan matematik yang diberikan. Kami tidak bernasib baik kerana soalan itu tidak dapat diselesaikan.
Stesen ketiga kami ialah permainan yang menguji daya ingatan kami. Teka-teki tambahan yang diberikan agak susah dan memenatkan pada pendapat saya. Untuk teka-teki itu, kami dikehendaki untuk mengambil gambar di setiap pagar (timur, barat, selatan dan utara) di Stadium Tertutup Singapura atau lebih dikenali sebagai 'Singapore Indoor Stadium'. Kami sekempulan berlari secepat mungkin ke setiap pagar supaya kami dapat menyelesaikan teka-teki tersebut, dan juga ke stesen yang ketiga dengan cepatnya. Di stesen ketiga, terdapat gambar-gamabr yang diterbalikkan dan disusun rapi di dalam bentuk grid persegi. Setiap dua gambar-gambar yang kami pilih itu pula perlu sama, dan jika kedua-dua gambar itu lain, ia perlu ditutup semula dan kami harus ingat sebahagian gambar-gambar tersebut untuk mendapat gamabar yang sepasang. Apabila mendapat sepasang gambar yang sama, kami harus meletupkan satu belon yang isinya ada secebis kertas yang mengandungi huruf. Permainan ini berterusan sehingga kami dapat meletupi 10 belon. Setelah mengumpul setiap cebisan kertas yang diletak di dalam belon yang dimeletupkan, kami seharusnya memikirkan apakah nama yang boleh dibuat dari cebisan-cebisan kertas yang mengandungi huruf-huruf berdasarkan klu yang diberikan.
Setibanya di stesen keempat, kami dikehendaki untuk memecahkan kumpulan kami ke tiga kumpulan kecil. Kumpulan pertama dikehendaki untuk menerjemahkan teks Melayu ke bahasa Inggeris dan membaca teks yang diterjemah itu kepada orang luar. Orang itu pula harus menjawab beberapa soalan selepas mendengar teks itu. Kumpulan kedua pula harus menaiki beberapa tingkat tangga dan mengambil sekeping sahaja 'puzzle' di akhir tangga itu. Mereka harus menaiki turun tangga beberapa kali untuk mengumpul kesemuanya dan menyelesaikan 'puzzle' itu. Kumpulan ketiga harus menerjemahkan soalan matematik Arab ke bahasa Inggeris dan juga menyelesaikannya. Setelah ketiga-tiga kumpulan itu menyelesaikan misi mereka, barulah fasilitator kami memberi kami klu yang seterusnya.
Di stesen kelima pula, iaitu stesen yang terakhir, kami dikehendaki untuk mencari GARISAN PENAMAT permainan perlumbaan hebat itu. Alhamdulillah, markah yang dikumpulkan oleh kumpulan saya keseluruhannya ( Hufflepuff 1 & Hufflepuff 2), adalah markah yang tertinggi dan kami meraih tempat pertama permainan ini.

![]() |
| Permainan ingatan |

| Ini salah satu misi yang harus diselesaikan di stesen keempat |
Di stesen kelima pula, iaitu stesen yang terakhir, kami dikehendaki untuk mencari GARISAN PENAMAT permainan perlumbaan hebat itu. Alhamdulillah, markah yang dikumpulkan oleh kumpulan saya keseluruhannya ( Hufflepuff 1 & Hufflepuff 2), adalah markah yang tertinggi dan kami meraih tempat pertama permainan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)